Minggu, 14 Desember 2008

MAJLIS PENGHAYATAN AIDIL ADHA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BESUT

Alhamdulillah, Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut telah berjaya mengadakan program penghayatan Aidil Adha pada 11 Disember 2008 (khamis) bertempat di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Besut.

Perasmi dan pentazkirah majlis ialah To' Puan Hajah Fatimah Zainab binti Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu. Antara intipati ucapan beliau ialah pengajaran daripada runtuhan rumah di Bukit Antarabangsa dan Tsunami, korban, haji dan pengajarannya. Ulasan tentang jenayah di Terengganu yang semakin meningkat, kepentingan memilih pimpinan Islam, pengajaran daripada kemusnahan kaum Lut oleh Allah disebabkan keingkaran mereka dan duit royalti di Terengganu adalah hak rakyat.

Pengisian program ialah ucapan daripada Ustazah Napisah binti Ismail, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut, tazkirah daripada To' Puan, penyampaian sumbangan kepada murid sekolah dan muslimat cawangan mengikut dun. Tidak lupa juga jamuan korban sempena Aidil Adha.

Pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya NISA' KAWASAN BESUT yang diberi amanah menguruskan majlis ini, puan perasmi To' Puan Hajah Fatimah Zainab Ibrahim, para dermawan, muslimat-muslimat dun dan cawangan, peserta dan penerima sumbangan. Tidak lupa juga kepada pihak muslimin yang telah menyediakan jamuan korban. Semoga apa yang telah disumbangkan oleh antum dan antunna samada sumbangan masa, tenaga dan harta benda diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Jazakallahukhairankathira.











Tidak ada komentar:

Poskan Komentar