Minggu, 14 Desember 2008

MAJLIS PENGHAYATAN AIDIL ADHA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BESUT

Alhamdulillah, Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut telah berjaya mengadakan program penghayatan Aidil Adha pada 11 Disember 2008 (khamis) bertempat di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Besut.

Perasmi dan pentazkirah majlis ialah To' Puan Hajah Fatimah Zainab binti Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu. Antara intipati ucapan beliau ialah pengajaran daripada runtuhan rumah di Bukit Antarabangsa dan Tsunami, korban, haji dan pengajarannya. Ulasan tentang jenayah di Terengganu yang semakin meningkat, kepentingan memilih pimpinan Islam, pengajaran daripada kemusnahan kaum Lut oleh Allah disebabkan keingkaran mereka dan duit royalti di Terengganu adalah hak rakyat.

Pengisian program ialah ucapan daripada Ustazah Napisah binti Ismail, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut, tazkirah daripada To' Puan, penyampaian sumbangan kepada murid sekolah dan muslimat cawangan mengikut dun. Tidak lupa juga jamuan korban sempena Aidil Adha.

Pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya NISA' KAWASAN BESUT yang diberi amanah menguruskan majlis ini, puan perasmi To' Puan Hajah Fatimah Zainab Ibrahim, para dermawan, muslimat-muslimat dun dan cawangan, peserta dan penerima sumbangan. Tidak lupa juga kepada pihak muslimin yang telah menyediakan jamuan korban. Semoga apa yang telah disumbangkan oleh antum dan antunna samada sumbangan masa, tenaga dan harta benda diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Jazakallahukhairankathira.











Sabtu, 13 Desember 2008

REHLAH NISA' DUN JERTEH MEREDAH HUJAN

Alhamdulillah, Rehlah Nisa' Dun Jerteh telah berjaya diadakan pada 30 Nov 2008 (Ahad) di kawasan Air Terjun Lata Belatan, Besut. Walaupun sehari sebelum itu, hujan turun dengan lebat dan berterusan dari pagi hingga ke malam, tapi dengan nekad Allah akan mempermudahkan urusan hamba-Nya, sepanjang hari itu hujan turun renyai-renyai sahaja dan cerah pada waktu tenghahari. Sasaran peserta adalah pelajar tahun 5 hingga tingkatan 4, bertemakan BERILMU, BERAMAL, BERUKHUWAH. Matlamat program adalah untuk membentuk sahsiah yang baik dan menyemai budaya Islam di kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking dan taaruf, ceramah KAU MAWARKU berkenaan menjaga maruah diri daripada gejala sosial dan menutup aurat, LDK dan pembentangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, Tazkirah SRIKANDI SOLEHAH, amanat dari Muslimat dan pemilihan peserta mewakili Dun Jerteh dan seterusnya kawasan Besut ke pertandingan Indoor Games peringkat negeri.

sibuk dengan pendaftaran

peserta khusyuk mendengar ceramah ustaz jemputan

peserta ni boleh tahan berani buat pembentangan

tazkirah dari ustazah

sesi mencatat matlamat

catat dik jangan tak catat